Cepat Penat Bila Solat, Gadis Ini Kongsi Tips Turun 17 Kg
Bukan perkara mudah untuk menguruskan badan dan mendapatkan bentuk badan ideal. Apa yang pasti ianya memerlukan disiplin dan kesungguhan daripada individu itu sendiri. Jika tak kuat semangat, impian untuk kurus itu hanya tinggal angan-angan sahaja.
Jika tahun lepas azam untuk kurus masih belum tercapai, masih belum terlambat untuk anda teruskan misi untuk turunkan berat badan. Mungkin anda boleh cuba tips yang dikongsi oleh gadis ini yang berjaya turunkan berat badan sehingga 17kg.
BACA: Turun 4Kg Seminggu, Dr. Soo Wincci Kongsi Diet Detoks Berkesan!
Menurut gadis ini, adiknya terlebih dahulu memulakan misi turunkan berat badan dan kagum dengan hasilnya, dia mengambil keputusan untuk cuba perkara yang sama.
Risau kalau tak kahwin
Menurutnya lagi, ada dua sebab mengapa dia ingin menurunkan berat badan. Ujarnya dia cepat penat apabila berjalan dan ketika solat. Alasan kedua dia bimbang jika tidak bertemu jodoh.
Dari 75.4 kg, kini berat badan 58 kg
Kata gadis ini lagi, bukan mudah untuk menurunkan berat badan kerana ia memerlukan disiplin tinggi dan semuanya bergantung pada diri sendiri.
Katakan tidak pada gula, tinggalkan fast food
Antara tips yang dikongsikan oleh gadis ini ialah katakan tidak kepada gula dan tinggalkan fast foods dan makanan berproses. Katanya lagi, untuk langkah pertama dia meninggalkan semua minuman bergula dan makanan segera.
Tinggalkan segala jenis sos
Selain itu kalau boleh tinggalkan atau kurangkan pengambilan cili sos dan semua jenis sos. Ramai tidak sedar bahawa semua sos mengandungi gula yang sangat tinggi. Katanya lagi, kurangkan makanan bergoreng, banyakkan makanan bakar atau rebus.
Waktu makan kena jaga, latih perut kita
Jika anda jenis yang suka makan roti, gantikan dengan roti whole meal. Ujarnya dia tidak makan roti bersama marjerin tetapi digantikan dengan keju.
Amalkan konsep #sukusukuseparuh
Tambahnya lagi, waktu makan perlu dijaga dan makan ikut waktu. Dalam pada itu, dia juga mengamalkan konsep sukusukuseparuh. Dia masih makan nasi tapi kuantiti nasi dikurangkan. Ujarnya lagi, selepas 8.30 malam dia akan berhenti makan.
Enam bulan pertama, jogging 5-6 kali seminggu
Menurutnya lagi, dia mengamalkan konsep 80 peratus dengan menjaga pemakanan dan 20 peratus lagi dengan melakukan senaman. Ujarnya enam bulan pertama, dia akan jogging 5 hingga 6 kali seminggu.
Hari pertama lagi macam ayam kena sembelih
Selepas 5 bulan, mendaki bukit
Setiap minggu akan ke Bukit Gasing untuk tingkatkan stamina
Gadis itu turut memberikan pesanan kepada mereka diluar sana turunkan berat badan untuk sihat dan bukan semata-mata nak cantik sahaja. Katanya lagi, sayangi diri anda dan percaya pada diri sendiri bahawa anda boleh lakukan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Pening Kepala Pekena Butter Beer?
- SUMBER
- Twitter Kuntum