Amerika Syarikat bakal menjadi negara pertama yang akan membenarkan rakyatnya mengubah mayat ahli keluarga untuk dijadikan sebagai baja kompos untuk menanam pokok.

Satu rang undang-undang telah pun digubal dan kini menugggu kelulusan dewan perundangan negeri itu pada bulan hadapan memenuhi cita-cita sesetengah penduduk negeri itu ‘menjadi pokok’ dengan mengubah mayat manusia kepada baja organik.

BACA: Berhenti Kerja Usahakan Tanaman Cili, Terima Pulangan RM60k

Jika ianya diluluskan Washington akan menjadi negeri pertama di dunia menjadikan mayat sebagai baja kompos.

Proses dikenali sebagai ‘kompos semula’ itu memberi alternatif lain berbanding disemadikan dalam keranda biasa malah ianya lebih menjimatkan dan mesra alam.

Antara kaedah ‘kompos semula’ yang dicadangkan adalah dengan meletakkan mayat dalam sebuah bekas tekanan tinggi bersama air dan bahan beralkali yang akan menukar badan manusia menjadi baja dan boleh ditanam terus di bawah sebatang pokok.

Idea pelik itu tercetus dimana kebiasaannya proses pengebumian biasa di Barat mayat akan disuntik dengan bahan kimia yang akhirnya menyerap ke dalam tanah manakala kaedah membakar mayat pula melepaskan banyak gas karbon dioksida.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?