Sepatutnya di hari raya kita semua bersuka ria, tetapi berbeza dengan pemuda ini yang ‘hilang mood’ untuk beraya apabila cermin belakang kereta miliknya pecah dipercayai angkara anak tetamu yang datang beraya.

Menerusi Twitter, Muhammad Fairus Abu Bakar, 27, meluahkan rasa kesal dan geram melihat cermin keretanya pecah dipercayai akibat dibaling batu oleh anak-anak tetamu yang buas.

BACA: Baju Raya Batik Terengganu Habis Rosak Angkara Tukang Jahit

 

Menurut Fairus, kejadian berlaku pada raya kedua kira-kira 12 tengahari ketika dia menerima kedatangan tetamu yang juga rakannya.

Katanya, dia meletakkan kereta di perkarangan rumah dan bukan di dalam garaj kerana sudah penuh dengan kenderaan adik-beradik lain.

“Namun, saya tidak bernasib baik apabila cermin belakang kereta pecah ketika menerima kedatangan tetamu pada hari raya kedua.

“Sewaktu kejadian, saya sedang asyik berbual dengan rakan di luar rumah dan hanya menyedari apa yang berlaku selepas ke kereta bagi mengambil duit raya untuk diberi kepada anak tetamu,” katanya kepada Harian Metro.

Enggan menuduh sesiapa memandangkan dia tidak menyaksikan sendiri insiden berkenaan, namun Fairus meluahkan rasa kecewa kerana sehingga kini masih tiada siapa yang bertemu dengannya untuk mengaku salah dan memohon maaf.

Ujarnya, dia nampak kanak-kanak bermain batu pada hari kejadian namun tidak pasti jika mereka yang melakukannya.

Katanya lagi, perkongsiannya itu adalah untuk memberi peringatan kepada tetamu agar memantau anak mereka jika datang beraya ke rumah orang.

Menurutnya, ramai netizen memberikan sokongan padanya namun ada segelintir mereka menyalahkan dirinya kerana meletakkan kereta di tempat tidak sepatutnya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥