Chef Wan Kritik Sambal Tumis Nasi Lemak AirAsia Menjijikkan
Chef Wan dikenali sebagai seorang chef selebriti yang lantang apabila memberi pendapat terutama di akaun laman sosial miliknya. Baru-baru ini menerusi Instagram miliknya, Chef Wan mengkritik sambal tumis nasi lemak yang yang disediakan di AirAsia Premium Lounge.
Difahamkan, rakannya yang menaiki penerbangan ke Bangkok mengirim rakaman video sambal tumis untuk nasi lemak tersebut. Rakannya memberitahu merasa jijik dengan sambal berkenaan dan Chef Wan turut bersetuju dengan pendapat itu serta meluahkan rasa kesal terhadap hidangan tersebut.
BACA: “Nasi Lemak Cheese? Siapa Punya Idea Ni?”
Ujarnya lagi, AirAsia merupakan syarikat penerbangan kebanggaan negara dan perlu menjaga imej Malaysia lebih-lebih lagi dalam penyediaan makanan tempatan. Katanya lagi, Nasi Lemak adalah makanan Warisan dan tukang masak perlu belajar lagi untuk memastikan rasanya sempurna.
Chef Wan turut menyatakan dia akan panjangkan aduan ini kepada CEO Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes. Chef Wan turut memberitahu kualiti sambal tumis tersebut seolah menghina makanan tradisi Malaysia.
Dalam pada itu, Chef Wan memberitahu beliau sedar bahawa perkara yang dibangkitkan ini akan tular dan mengundang kecaman orang ramai, namun niatnya hanya untuk memperbetulkan mereka.
Terdahulu, Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak ‘telanjang’ yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi, syarikat penerbangan MAS. Menurutnya, nasi lemak tersebut dilabel ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timun seperti kebiasaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram