Chef Wan Terkejut Harga Ikan Merah Mahal?
Chef Wan dikenali sebagai seorang chef selebriti yang lantang apabila memberi pendapat terutama di akaun laman sosial miliknya.
Jika sebelum ini heboh dikatakan Chef Wan menegur ahli keluarganya dan tetamu datang beraya, kini dia lagi sekali menarik perhatian orang ramai apabila memberi pendapat mengenai harga ikan yang dikatakan mahal.
BACA: Chef Wan ’Tegur’ Tetamu Datang Beraya
Chef selebriti terkenal tanah air ini memuat naik satu gambar hidangan ikan sambil menulis tajuk yang agak panjang di akaun laman sosial Instagram miliknya pada 2 Julai yang lalu.
Dia menyatakan rasa terkejutnya kerana harga ikan merah yang dibelinya mahal iaitu RM40 untuk tiga keping ikan. Dia membeli ikan tersebut kerana ingin masak sup ikan merah namun terkejut dengan harga makanan laut di negara ini yang disifatkan sebagai mahal.
“Fish these days are so expensive. Ambil ikan merah 3 keping besar sedikit nak buat soup ikan pun dah harga RM40.00,” ujarnya.
Dia turut menambah bahawa tiada apa yang murah untuk dibeli di negara ini malah turut tertanya-tanya bagaimana golongan bawahan menjalani kehidupan mereka seharian dengan kenaikan harga yang tinggi sebegini.
“Despite our government melaung laungkan yang our economy is improving.. Iyo la kan ajo..” sindirnya dalam nada bersahaja.
Mungkin Chef Wan boleh mencipta atau berkongsi resepi yang tidak menggunakan bahan mahal seperti ikan untuk kita semua supaya kita dapat berjimat ketika membeli barang dapur.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Sambal Ayam Goreng Berkah MERAH Menyala! | Day 2 In Jakarta
- SUMBER
- INSTAGRAM CHEFWAN58