Bermula Mei ini, warganegara China yang berstatus rendah dalam Sistem Kredit Sosial tidak dibenarkan untuk membeli tiket penerbangan dan kereta api.

Memetik laporan The Verge, kenyataan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Reformasi Nasional China turut memberitahu, larangan itu turut berkuat kuasa ke atas warganegara yang mempunyai rekod jenayah, pecah amanah dan rekod salah laku.

BACA: Lelaki Tak Berhenti Kentut, Pesawat Mendarat Cemas

Negara China kini sedang berusaha untuk melancarkan sistem tersebut sepenuhnya pada tahun 2020, namun kini beberapa peraturan sudah pun dijalankan.

Sebelum ini, kerajaan China memberi tumpuan untuk menyekat perjalanan warganegara mereka yang mempunyai jumlah hutang yang besar seperti pengasas LeEco dan Faraday Future, serta mereka yang di senarai hitam tahun lalu.

Selain itu, warganegara yang menyebarkan maklumat palsu tentang keganasan, melakukan kekacauan dalam penerbangan, tiket tamat tempoh atau ditangkap merokok di kereta api turut dilarang untuk menaiki penerbangan dan tren.

Sejak peraturan baru itu dilancarkan, lebih 7 juta rakyat China dilarang untuk menaiki pesawat akibat salah laku sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:
Pakai Baju 10 Lapis Elak Bayar Bagasi
Hormati Acheh, AirAsia Guna Pramugara Sahaja

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Apa Ada Dengan Wonder Cheese?