Baru-baru ini, treler filem “Avengers” yang disiarkan di YouTube menjadi perhatian ramai dan ditonton sebanyak 39 juta kali. Ramai yang tak sabar menantikan filem tersebut yang bakal di tayangkan pada bulan April nanti.

Namun, apa yang menarik perhatian ialah idea kreatif sekumpulan pelajar universiti tempatan menghasilkan treler parodi tersebut mendapat pujian oleh dua pengarah filem terhebat itu.

BACA: Taman Tema Hunger Games Wujud Di Korea?

Video selama 2 minit 20 saat itu di puji dan dianggap sangat genius oleh pengarah filem “Avangers” iaitu Anthony dan Joe Russo.

“Aiman. Anda semua adalah genius. Bolehkah anda mengarah filem Avengers 5?” ujarnya dalam nada bergurau menerusi akaun Twitter.

Video tersebut dihasilkan oleh Aiman bersama tiga rakan yang lain, melakonkan adegan seakan-akan sama dengan treler “Avengers: Infinity War”.

Jika filem Hollywood itu menggunakan imej grafik komputer (CGI), mereka hanya menggunakan pinggan, penyapu, payung dan jag air untuk melakonkan watak filem tersebut.

Video itu menarik perhatian pengarah “Avengers” selepas Aiman memuat naik video tersebut di Twitter dan menanda akaun @MarvelStudios.

Bangga jadi rakyat Malaysia bila ada pelajar kreatif macam ni. Mana tahu mereka boleh jadi pengarah filem “Avengers” seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kini Arab Saudi Benarkan Panggung Wayang
Inilah Dia Iklan Aiskrim Indonesia Yang Viral Satu Dunia

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ini Bukan Biskut Rokok!