Cleopatra Cari Pengasuh Fasih Bahasa Inggeris, Tak Tinggal Solat
Sebelum ini wanita jelita ini pernah tular yang didakwa merupakan setiausaha kepada Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq. Bukan itu saja, kecantikan dimiliki wanita itu membuatkan ada pihak menuduhnya bukan wanita tulen.
Sejak itu, wanita dikenali sebagai Cleopatra atau nama sebenarnya Nur Fathiah Syazwana menjadi perhatian ramai. Terbaru, perkongsian wanita itu menjadi perhatian ramai yang mahu menjacari pengasuh bayi.
BACA: “Jangan Hina Tapi Bimbing Remaja Basikal Lajak” – Syed Saddiq
Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian adalah syarat ketat yang dikenakan antaranya seseorang itu haruslah fasih berbahasa Inggeris serta menunaikan solat lima waktu.
Terbuka kepada semua, Cleopatra mahukan individu yang menyayangi kanak-kanak serta bertanggungjawab namun mestilah seseorang yang tidak merokok. Menerusi perkongsian di Instagram itu, turut disediakan tempat tinggal dan makan minum.
Perkongsian janda anak dua itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang teruja dan mahukan pekerjaan tersebut.
Tidak kurang juga, ada yang bergurau dengan mengatakan bukan saja boleh menjaga bayi, malah ibu kepada bayi pun mereka boleh jaga.
Dalam pada itu, ada yang bertanyakan bilakah wanita berusia 25 tahun itu akan iklankan untuk cari bakal suami pula.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram