“Putarkan, Jilat dan Celupp”, sebut saja bait ini pasti ramai tahu ianya daripada iklan biskut Oreo. Siapa yang tak gemarkan rasa biskut Oreo yang sememangnya sedap dan boleh dinikmati bila-bila masa sahaja.

Buat peminat tegar biskut Oreo, nampaknya Oreo kini tampil dengan perisa baharu iaitu Red Velvet. Siapa yang gemarkan kek red velvet kena cuba Ores terbaru ini.

BACA: McD Malaysia Perkenal Menu Baru ‘Oreo Cookies & Cream Pie’

Sama seperti kek red velvet, biskut terbaru Oreo ini berwarna merah berserta krim keju di dalamnya.

Anda boleh dapatkan Oreo Red Velvet di semua cawangan kedai serbaneka 7Eleven di seluruh Malaysia. Namun perlu diingatkan, Oreo Red Velve ini tidak dijual di Langkawi.

Harga untuk keluaran edisi terhad ini hanya RM3.60 sahaja. Tunggu apa lagi, boleh dapatkan di 7Eleven berdekatan anda. Tak sabar pula nak cuba!

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥