Cuaca Panas Kering Landa Malaysia Hingga Mac, Semua Dinasihat Jimat Air
Pasti ramai yang perasan sejak beberapa hari ini negara kita dilanda cuaca panas kering. Memang lain macam panasnya sehinggakan sepanjang masa mahu minum air sejuk.
Tetapi sebenarnya cuaca kering itu disebabkan oleh Malaysia sekarang berada dalam fasa kedua Monsun Timur Laut yang dijangka berakhir pada Mac ini.
BACA: Cuaca Terlalu Panas Di Indonesia Sampai Boleh Goreng Telur
Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia semalam, tempoh penghujung musim ini adalah tempoh berkurangnya taburan hujan di seluruh negara kecuali Sabah dan Sarawak.
Posted by Malaysian Meteorological Department on Sabtu, 4 Januari 2020
Jadi, itulah faktor berlakunya cuaca panas kering yang dihadapi oleh kita sekarang ini dan jika dilihat pada langit, jumlah awan juga dilihat berkurang.
Dalam pada itu, kenyataan itu juga turut menasihatkan orang ramai agar menjimatkan penggunaan air kerana jumlah paras air di empangan-empangan berkurangan berbanding biasa.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatikan untuk tidak melakukan sebarang pembakaran secara terbuka kerana bimbang mampu memudahkan kebakaran merebak dengan pantas seperti yang terjadi di Australia sekarang.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- SUMBER FOTO