Dalam pembentangan bajet Belanjawan 2020 baru-baru ini turut diumumkan kenaikan cukai pendapatan terhadap golongan berpendapatan tinggi sebanyak 30 peratus berbanding 28 peratus sebelum ini.

Cukai tersebut akan dikenakan kepada golongan yang berpendapatan tinggi melebihi RM2 juta. Menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng, ia akan memberi kesan ke atas kira-kira 2,000 orang berpendapatan tinggi di negara ini.

BACA: Cuti Bersalin 90 Hari Mulai 2021, Ramai Nak Tangguh Hamil 2 Tahun Lagi

Pada masa sama, kerajaan turut mengumumkan insentif cukai untuk menyokong pertumbuhan PKS.

“Bagi terus menyokong pertumbuhan PKS, had pendapatan bercukai yang tertakluk kepada kadar 17 peratus akan dinaikkan daripada RM500,000 kepada RM600,000, tertakluk kepada PKS dengan modal berbayar tidak melebihi RM2.5 juta dan jualan tahunan tidak melebihi RM50 juta,” katanya.

Guan Eng turut mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM250 kepada pesara kerajaan. Selain itu turut diumumkan, Elaun Khas Skim Perkhidmatan Bomba sebanyak RM200 sebulan dengan peruntukan sebanyak RM35 juta yang bakal manfaatkan 14,400 anggota bomba.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Nasi Kukus Kambing Bakar Setapak Yang Power 🔥