Bukan senang nak cari kerja di zaman penuh mencabar sekarang ini. Ramai graduan berkelulusan tinggi diluar sana terpaksa mengambil tawaran kerja gaji rendah demi menampung hidup, tidak kurang juga ada ramai yang masih menganggur.

Bagaimanapun, gaji yang ditawarkan oleh syarikat GLC baru-baru ini mendapat perhatian ramai kerana gaji yang ditawarkan tidak masuk akal.

BACA: “Kawan Saya Posmen Kena Tampar Barang Lambat Sampai”

Menerusi perkongsian di Twitter, netizen mengecam gaji yang ditawarkan Pos Malaysia Berhad untuk jawatan posmen dan pemandu van hanya RM1,300.

Netizen itu mendakwa, gaji tersebut tidak cukup untuk seorang posmen yang berlalu meredah hujan dan berpanas tetapi hanya dibayar sebanyak itu saja. Katanya lagi, tidak wajar di dalam tahun 2018, gaji hanya dibayar sebanyak RM1,300 dan disebabkan itu juga ramai yang ‘angkat kaki’.

Status dari netizen tersebut mendapat sokongan dari pengguna Twitter lain yang menganggap gaji itu terlalu sikit dan pekerja restoran makanan segera pun boleh dapat gaji lebih tinggi dari itu.

Ada juga yang mengatakan disebabkan itu juga perkhidmatan Poslaju semakin teruk dan lambat. Ada juga yang mengatakan gaji tersebut masih kekal sama sejak dari tahun 2014.

 

Beirkutan itu, ada netizen meminta agar Menteri Sumber Manusia, M Kula memandang serius tentang isu ini dan berharap gaji posmen dinaikkan.

Sehingga kini masih tiada kenyataan lanjut dari pihak Pos Malaysia. Diharap pihak mereka pertimbangkan untuk menaikkan gaji posmen supaya dapat menarik perhatian graduan yang mencari pekerjaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Lubuk Nasi Ngidey Resepi 4 Generasi 🔥🔥