Untuk menangani masalah ketagihan permainan video dikalangan remaja, kerajaan sedang mengkaji langkah untuk menghadkan penggunaan internet bagi remaja bawah 17 tahun selepas 12 tengah malam hingga 6 pagi, seperti yang dilaksanakan di Jepun dan Korea.

Kajian itu juga antara usaha untuk mengatasi masalah ketagihan aplikasi di media sosial dalam kalangan remaja di negara ini.

BACA: Kerajaan Baharu Janjikan Internet Pantas, Murah

“Terdapat juga video game provider (penyedia) yang menyekat (remaja) bawah 17 tahun untuk berada (bermain), selama satu hingga dua jam dan selepas itu mereka di‘offline’kan.

“Ini antara langkah yang boleh diambil dan kita kaji untuk memastikan ia dikawal,” kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.

Ketaginan permainan video menyebabkan remaja kini menjauhi aktiviti harian dan boleh beri kesan negatif terhadap seseorang individu sehingga boleh menjejaskan pendidikan dan kerjaya.

Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2017 yang dilakukan ke atas remaja 13 hingga 17 tahun menunjukkan ketagihan internet berada pada 34.9 peratus.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Berbaloi Ke • EP1: Burger RM4.50 Vs Burger RM138