Pasti ramai di antara anda akan membuang minyak masak yang telah digunakan berulang kali ke dalam tong sampah atau ke longkang. Tapi sebenarnya anda minyak masak terpakai tersebut anda boleh dapatkan wang.

Ramai yang tidak tahu minyak masak terpakai sebenarnya boleh dihantar ke pusat kitar semula Alam Flora dan anda akan dibayar sebanyak RM1.20/kilogram dan mampu memberikan pendapatan lumayan jika dilakukan secara berterusan.

BACA: Serbuk Pengeras Minyak Laku Sebab Tweet Ini

Langkah oleh Alam Flora itu dibuat bagi menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan prinsip 5R iaitu tolak, kurangkan, guna semula, kitar semula dan pemulihan.

Minyak masak terpakai yang telah diproses boleh dijadikan barang bernilai antaranya sabun, produk kosmetik dan lilin malah boleh ditukar menjadi biodiesel menerusi proses ‘transesterifikasi’ untuk kegunaan kenderaan berat seperti bas dan traktor.

Sejak inisiatif tersebut dilaksanakan pada 2013, sebanyak 270 tan minyak masak terpakai berjaya dikumpulkan dari kawasan Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur.

Alam Flora sangat mengalu-alukan pengguna minyak masak di rumah mahupun pengusaha makanan untuk menghantar minyak masak terpakai yang diisi di dalam bekas yang sesuai ke pusat berkenaan sebanyak mungkin.

Selain itu inisiatif mengumpul minyak masak terpakai itu penting dalam menangani masalah longkang tersumbat dan berbau serta masalah pencemaran air.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Macam Tak Percaya Ada Mall Murah Macam Ni!