“Curi Pisang Je Pun Bukan Bunuh Orang, Negara Ada Undang-Undang”
Dua hari lalu, tersebar beberapa keping foto di media sosial menunjukkan mayat seorang lelaki terbaring disebelah setandan pisang. Lelaki itu dipercayai maut selepas dipukul dengan menggunakan setandan pisang dan sebatang besi oleh pekebun kerana mencuri pisang.
Kejadian yang dilaporkan berlaku di Kampung Tebakang, Marang Terengganu itu menimbulkan kemarahan pengguna laman sosial yang berpendapat tindakan tersebut keterlaluan kerana sehingga menyebabkan kematian.
BACA: Bunuh Ibu Kerana Teh Dibancuh Tak Cukup Susu
Rata-rata netizen berpendapat, tidak kira kesalahan apa yang mangsa lakukan orang awam sepatutnya menyerahkannya kepada pihak berkuasa dan bukan menjatuhkan hukuman sendiri. Kata netizen lagi, pada awalnya hanya melibatkan kes kecurian akhirnya sudah menjadi kes bunuh.
Jangan buat macam undang-undang rimba
Tidak kurang juga ramai yang meminta agar orang ramai memahami situasi yang dialami oleh pekebun yang tidak dapat mengawal kemarahan kerana mungkin pencuri tersebut sudah berkali-kali melakukan kesalahan yang sama namun tidak berjaya ditangkap.
Mungkin orang kampung dah fed up
Memetik laporan BH Online, susulan kejadian itu, seorang pekebun dan anak saudaranya berusia 14 tahun ditahan reman selama lima hari sehingga Sabtu untuk membantu siasatan kes.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Fazlisyam Abd Majid berkata, mangsa dan rakan disyaki mencuri pisang dari kebun milik suspek sebelum suspek mengekori mangsa bersama anak saudaranya.
Ujian saringan air kencing dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek mendapati semua mereka positif methamphetamin (syabu) dan polis percaya insiden pembunuhan itu bermotifkan geram.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram