Cendol adalah pencuci mulut yang sangat terkenal di Malaysia sejak dahulu lagi. Ais kisar bersama kuah santan di maniskan dengan cairan pekat gula merah merupakan kombinasi pemanis mulut yang sangat sempurna bersama lemak santan kelapa.

Cendol juga antara pencuci mulut yang sangat enak untuk dinikmati pada musim panas. Jika di Malaysia, terdapat pelbagai jenis cendol antaranya Cendol Kacang Merah, Cendol Durian, Cendol Pulut dan Cendol Sawit.

BACA: Indonesia Dakwa Cendol Berasal Dari Sana

Bagaimanapun, portal CNN baru-baru ini mengeluarkan artikel senarai 50 Of The World Best Desserts dan menyatakan Cendol yang sedap berasal dari Singapura. Menurut CNN Travel, cendol Singapura diiktiraf paling sedap daripada cendol di tempat lain kerana tambahan kacang merah membuatkan rasa cendol di Singapura lebih klasik dan sedap.

Bagaimanapun, rata-rata ‘mempertikaikan’ pengiktirafan tersebut dan mengatakan bagaimana cendol sedap dari Singapura sedangkan kesemua bahan yang digunakan berasal dari Malaysia. Ujar netizen lagi, bahan utama yang digunakan untuk membuat cendol iaitu gula Melaka secara terang-terangan dari Malaysia.

Ada netizen berpendapat boleh dikatakan cendol popular dikalangan pelancong asing yang datang ke Singapura dan disebabkan itu ramai yang beranggapan cendol berasal dari Singapura.

Apa pun, tidak perlu bertelagah tentang isu tersebut kerana itu hanyalah penilaian peribadi oleh CNN sahaja. Paling penting, setiap daripada anda pasti tahu cendol mana yang menjadi kegemaran dan paling sedap.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?