Sudah menjadi kebiasaan pekerja yang merokok akan keluar sebentar ketika waktu bekerja semata-mata untuk melepaskan gian untuk merokok. Namun, pasti timbul rasa tidak puas hati dikalangan pekerja yang tidak merokok yang merasakan mereka yang keluar untuk merokok ini seolah-olah mencuri tulang.

Bagaimanapun, sebuah syarikat di Jepun memperkenalkan cuti khas berbayar selama enam hari buat pekerja yang tidak merokok memandangkan mereka bekerja lebih lebih masa berbanding pekerja yang keluar rehat untuk merokok.

BACA: Perkhidmatan ‘Sewa Ketiak’ Untuk Iklan Popular Di Jepun

Cuti ‘ganti rugi’ itu diperkenalkan apabila syarikat tersebut menerima banyak aduan daripada pekerja yang tidak merokok yang mengatakan pekerja yang merokok membawa banyak masalah dan mempengaruhi produktiviti syarikat.

Dalam masa sama syarikat itu juga berharap perlaksaan cuti khas itu dapat memberi motivasi untuk pekerja berhenti merokok. Agak-agak bila pula giliran syarikat di Malaysia bakal melaksanakan cuti khas seperti ini?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥