Bukan mudah untuk mengekalkan harga makanan murah di zaman yang serba mahal ini, namun seorang peniaga di Ipoh, Perak, masih mampu menjual sepinggan nasi ayam tauge berharga RM1.30.

Walaupun ia kedengaran agak mustahil dan kurang menguntungkan, peniaga ini masih berpegang dengan prinsipnya iaitu berniaga sambil bersedekah.

BACA: Kedai Makcik Seringgit Jadi ‘Port’ Makan Pelajar

Pemilik restoran Nasi Ayam Tauge, Shahrizan Azmed, 37 tahun, berkata tindakannya menjual nasi ayam tauge dengan harga murah bukanlah gimik semata-mata.

Menurutnya, idea harga RM1.30 itu diperolehi daripada simbolik satu Al-Quran mempunyai 30 Juzuk. Memang berbaloi makan nasi sepinggan dengan harga murah sebegini.

“Tetapi saya lebih kepada bersedekah kerana dalam perniagaan yang penting sekali adalah niat untuk bersedekah kepada golongan susah,” jelasnya.

Selain itu, harga untuk bungkus pula RM1.60 untuk menampung kos pembungkusan makanan. Hanya tambah 0.30sen saja daripada harga asal.

Selain nasi ayam, restoran Shahrizan juga menyediakan makanan ala Shellout dimasak oleh isterinya pada sebelah malam.

Ramai yang gemar memakan nasi ayam di restoran ini kerana harganya murah dan sedap. Jika anda berada di Ipoh, boleh la singgah di restoran ini dan rasai sendiri nasi ayam tauge viral ini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nasi Lemak 80 Sen Masih Wujud
Makan Bajet Serendah RM3

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penuh Udang Satu Pinggan?