Kurang 24 jam sahaja lagi sebelum tiba hari Pilihan Raya Umum ke-14. Pasti ramai yang berdebar-debar untuk menunggu hari esok.

Memetik laporan Free Malaysia Today, dakwat kekal yang akan dicelup ke jari pengundi esok difahamkan mampu bertahan selama 20 hari.

BACA: Wajib Baca Ini Sebelum Mengundi Esok

Ramai yang tidak tahu, dakwat kekal tersebut menelan peruntukan besar hampir RM5 juta dan dihasilkan di sebuah kilang Mysore Paints and Varnish Ltd, di Karnataka, India.

Pengarang dan bekas wartawan Syahril A Kadir yang aktif berkongsi pengalaman beliau dengan ahli politik di laman Facebook, turut kongsikan tentang kilang yang menghasilkan dakwat kekal itu.

“SPR sudah tempah 100,000 botol dan kesemuanya berharga hampir RM5 juta. Aku difahamkan semuanya dah sampai pun ke Malaysia. Lepas dicalit di jari, dalam 40 saat keringlah dakwat tu,” katanya.

Kilang itu merupakan satu-satunya yang menghasilkan dakwat kekal pilihan raya untuk negara serta turut menerima tempahan dari negara lain seperti Malaysia, Kemboja, Thailand, Nigeria, Afrika Selatan dan Nepal.

Botol dakwat yang dihasilkan untuk pasaran Malaysia didatangkan dalam botol 60ml di mana 5ml dakwat boleh digunakan kepada 300 pengundi.

Dakwat kekal tersebut sudah pun berada di Malaysia. Sudahkah anda bersedia untuk menunaikan tanggungjawab 5 tahun sekali ini?

ARTIKEL BERKAITAN:
Jangan Harap Polis Nak Bayar Kalau Kena Langgar
Tahun 2018 Harga Rokok Cecah RM50?

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Ikan Bakar Di Perlis Memang Lain Macam!