Dalam 2 Jam Nasi Daging Kawah Pak Tih Habis Terjual
Setiap kali bulan puasa, pasti akan ada menu wajib yang anda akan beli setiap kali ke bazar Ramadhan.
Di bazar Ramadan Pendang, tak sah rasanya jika tak beli Nasi Daging Kawah Pak Tih. Apa yang istimewa tentang nasi daging kawah ini ialah ianya dimasak secara terbuka sebelum dijual terus kepada pelanggan. Memang sedap pekena panas-panas, patut ramai pelanggan.
BACA: Ayam Percik Abang Sado Laris Di Bazar Ramadan
“Saya memang menyimpan resepi nasi daging ini dalam buku kecil. Selepas berhenti daripada berniaga buah, saya mencarinya semula dan cuba buat hingga menjadi pada Ramadan tiga tahun lalu.
“Oleh kerana sambutan menggalakkan kami teruskan hingga kini dan ramai pelanggan tetap sudah tahu keenakan nasi daging kami,” katanya.
Sejak awal Ramadhan hingga ke hari ini, sambutan terhadap nasi daging kawahnya cukup memberansangkan. Tidak sampai dua jam, ianya habis dijual. Siapa sangka hasil jualan dalam sehari mencecah RM1,700.
Uniknya nasi daging kawah ini ialah Pak Tih sangat mementingkan kebersihan beras dan daging lembu tempatan yang dicuci dengan baik sebelum disejat dan dimasak dalam kawah hingga hampir dua jam.
Nasi daging kawah ini disertakan dengan air asam dan gulai daging yang dijual pada harga semurah RM10 bagi setiap set.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Benda APA Boleh Dapat Dengan Singgit Kat Bazar Ramadan?
- SUMBER
- Mynewshub