Pulau Pinang sememangnya terkenal dengan tarikan makanan tempatan seperti laksa, pasembor, nasi kandar, cendol dan sebagainya sehinggakan ada yang sanggup ke pulau itu semata-mata untuk menikmati sendiri makanan yang ada dijual di sana.

BACA: 7 Perkara Menarik Tentang Kafe Atas Rakit

Selain itu pulau mutiara ini juga terkenal dengan tarikan tempat-tempat menarik yang ada disekitarnya seperti muzium, pantai dan juga kehidupan masyarakat di sana.

Menjadi kebiasaan apabila ke sana para pelancong akan mengunjungi Bukit Bendera dan juga muzium yang ada di sana dan antara tarikan yang adalah muzium Wonderfood.

Muzium yang menghimpunkan replika makanan yang dibuat dengan saiz besar ini pastinya membuatkan anda yang kaki makan rasa teruja.

Gambar: Tripadvisor

Boleh dikatakan apa sahaja makanan yang biasa dinikmati oleh masyarakat Malaysia ada di sana seperti ABC, laksa, roti canai, mi wantan.

Selain itu terdapat juga replika para penjual makanan yang dibuat khas untuk mengambarkan suasana di kedai makan dan gerai tepi jalan.

Gambar: Tripadvisor

Pendek kata bahan pameran yang ada di sini sememangnya dekat di hati para pengunjung dan anda boleh merakamkan gambar dengan pelbagai aksi menarik bersama makanan yang besar-besar.

Muzium yang terletak Beach Street dan berdekatan dengan bangunan Bank Ban Hin Lee dan bangunan Tiger Balm ini boleh dikunjungi dengan RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

VIDEO: Makan Sotong Mentah, King Crab? | Korea Pt. 1

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram