Baru-baru ini tular rakaman video seorang wanita memarahi pekerja restoran kedai nasi ayam terkemuka, The Chicken Rice Shop, Alamanda, Putrajaya kerana tidak mengambil pesanan makanan selepas 10 minit menunggu.

Nampaknya ‘sengketa’ antara Datin Nona dan pekerja kedai makan tersebut sudah pun berakhir dalam satu pertemuan selama hampir dua jam, Rabu lalu untuk memohon maaf.

BACA: Guru Diejek & Keluarga Pelajar Dirotan Akhirnya Berdamai

Pengurus Latihan Perkhidmatan Pelanggan, Julia Mohamed Noor, yang kesal dengan kejadian tersebut turut memohon maaf atas perbuatan kakitangannya itu yang juga pengurus TCRS cawangan Alamanda.

Jelasnya lagi, pihaknya juga telah memberikan kaunseling kepada kakitangan wanita berkenaan berikutan insiden yang terlah terjadi.

“Kami minta maaf. Kami sangat prihatin dengan apa yang berlaku. Sudah tentu pihak kami takkan biarkan sahaja insiden itu. Pelanggan amat penting tidak kira siapa pun mereka.

“Kami ambil positif maklum balas datin. Ia amat penting untuk membantu kami memperbaiki mutu perkhidmatan kami,” katanya kepada mStar Online.

Kesal dengan apa yang berlaku, pihaknya menjelaskan kedai makan tersebut sebenarnya tidak mengamalkan sistem beratur pada waktu normal. Pelanggan boleh terus masuk dan duduk jika ada meja kosong.

Dalam pada itu, Datin Nona turut meminta maaf di atas kekecohan yang berlaku tempoh hari dan tiada niat untuk menularkan video tersebut.

“Saya mak-mak jadi bila dah sampai mak-mak punya level tu memang mengamuklah, lebih-lebih lagi bila dengar perkataan kalau masuk kami tak layan.

“Memang saya marah. Tapi apa pun saya minta maaf. Saya bukan niat nak viralkan video tu untuk popular. Saya sendiri terkejut dan tak jangka video itu mencecah 1.6 juta tontonan.

Baguslah semuanya sudah berdamai lagi-lagi di bulan Syawal mulia ini. Diharap apa yang berlaku dapat dijadikan pengajaran kedua-dua belah pihak.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥