Umum mengetahui kabinet sudah pun sebulat suara meluluskan perkhidmatan teksi motosikal di Malaysia. Nampaknya, perkhidmatan bike-hailing seperti Dego Ride atau Gojek itu akan mula dilaksanakan bermula Januari tahun depan.

Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, YB Anthony Loke berkata, tempoh ujian akan dilakukan selama 6 bulan untuk melihat permintaan pelanggan terhadap servis ini.

BACA: “Kita Nak Ke Perempuan Kita Peluk Penunggang Gojek?” – Bos Teksi

Sepanjang tempoh ujian itu atau ‘Proof of Concept’ (POC), kerajaan dan syarikat perniagaan akan mengumpul data, menilai tahap permintaan, menilai tahap penerimaan dan lain-lain keperluan operasi berhubung perkhidmatan bike-hailing ini.

Lokasi perkhidmatan hanya dihadkan di sekitar Lembah Klang, kecuali jika ada permintaan di kawasan lain. Pemandu bike-hailing juga perlu memiliki lesen memandu penuh dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun.

Terdahulu, Menteri Belia Dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata tujuan memperkenalkan perkhidmatan tersebut adalah untuk membantu anak muda khususnya untuk mendapat peluang pekerjaan serta membantu peniaga untuk menjual barangan mereka menggunakan servis berkenaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Betul Ke Ni Cara Pilih Buah Yang Manis?