Sebut je negara China, memang banyak perkara dan trend pelik di sana. Terbaru, sebuah pusat membeli-belah di selatan China menawarkan perkhidmatan menyewa ‘teman wanita’.

Sekumpulan model wanita dihimpunkan dan pelanggan boleh memilih wanita idaman mereka dengan kadar sewa 11p (60 sen) selama 20 minit.

BACA: Benarkah Wanita Ini Ditiduri Lelaki Zaman Purba?

Perkhidmatan ini ditawarkan di pintu masuk kompleks membeli-belah di Vitality City di Bandar Heyuan di Selatan China.

Pelanggan yang mahu menyewa hanya perlu mengimbas kod QR menerusi telefon bimbit serta membuat pembayaran.

Jika pelanggan berpuas hati dengan ‘teman wanita upahan’, mereka boleh memperbaharuai sewa selepas 20 minit. Jika tidak, model akan kembali ke podium sekiranya tidak mahu meneruskan perkhidmatan.

Lebih menarik, teman wanita upahan itu bukan saja boleh menemani anda, malah mereka sedia mengangkat beg pelanggan sekiranya mereka dilayan dengan baik. Namun syarat yang ditetapkan adalah tiada sentuhan dibenarkan.

‘Teman wanita upahan’ ni sesuai untuk lelaki yang forever alone di luar sana.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Cemas Pelajar Perempuan Di KFC
Ibu Kandung Lacurkan Anak Perempuan Demi Bayar Hutang

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

“Bro Pian Yang Awesome” | Mail Time #3