Dituduh Manjakan Anak Dengan Gajet, Bapa Jelaskan Cerita Sebenar
Baru-baru ini tular mengenai seorang kanak-kanak lelaki yang bertindak mengunci dirinya sendiri di dalam kereta didakwa gara-gara bermain game.
Kes tersebut mendapat perhatian ramai netizen malah ramai yang meletakkan kesalahan tersebut kepada ibu bapa kanak-kanak tersebut kerana terlalu manjakan anak dengan gajet.
BACA: “Guru Tak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan”
Bagaimanapun menerusi Facebook, bapa kepada kanak-kanak tersebut tampil menjelaskan cerita sebenar bahawa anaknya itu bukan ketagih gajet seperti yang didakwa.
Jelasnya, kami sebagai ibu bapa sangat menjaga aktiviti anak-anak malah televisyen juga tidak disediakan di rumah. Katanya lagi, anak-anaknya sering di ajar dengan buku dan mainan sahaja.
TV pun tak sediakan di rumah agar anak-anak tidak lalai
Menceritakan apa yang berlaku pada hari kejadian, dia juga tidak menyangka anaknya akan bertindak sedemikian hanya kerana ingin menonton kartun Boboiboy dan bukan bermain games seperti yang diperkatakan netizen tidak bertanggungjawab.
Bukan main games tapi tengah tengok boboiboy
Jelasnya lagi, anaknya itu sangat meminati boboiboy dan mempunyai bayak mainan animasi itu di rumah.
Meskipun cerita tular yang disebarkan di media sosial mengenai anaknya itu tidak benar, namun kisah anaknya itu sebenarnya dapat memberikan pengajaran dan kesedaran kepada orang ramai terutama ibu bapa tentang bahayanya gajet kepada anak-anak.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Facebook Siraj Yasman