Boleh dikatakan keadaan sekeliling kita kini tidak lagi selamat. Bahkan depan rumah sendiri pun belum tentu selamat. Jadi kaum wanita terutamanya perlulah lebih berjaga-jaga memandangkan sudah banyak kes jenayah rogol.

Penting untuk wanita diluar sana membuat persediaan sama ada tahu serba sedikit tentang cara pertahanan diri atau anda boleh bawa pepper spray.

BACA: Komuniti Wanita NZ Pakai Tudung Jumaat Ini Tanda Solidariti

Agak sukar untuk mendapatkan pepper spray di kedai, selalunya ia dijual secara online. Tapi sebenarnya anda boleh buat sendiri pepper spray. Paling penting ianya sangat mudah dan murah!

Bahan-bahan:

– Botol spray
– Cili padi
– Air

Cara membuatnya:

1. Sediakan botol spray. Kalau boleh pilih saiz yang mudah untuk anda simpan di dalam beg tangan.

2. Potong cili padi kecil-kecil. Ikut banyak mana yang anda inginkan, lebih banyak cili, lebih baik.

3. Masukkan cili yang telah dipotong tadi di dalam botol cili dan isikan dengan air.

Kalau nak tahu pedas ke tak, cuba la spray pada satu tempat dan boleh tahu macam-mana pedasnya pepper spray tersebut. Jangan spray dekat muka kawan pula!

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang