Tidak dapat dinafikan rata-rata rakyat Malaysia kini sedang bergelut untuk terus hidup dek kerana keadaan ekonomi yang tidak menentu. Bukan mudah untuk hidup di zaman kos sara hidup yang semakin meningkat dan harga barang yang melambung naik.

Pasti ramai diantara anda pernah berada dalam situasi bulan tu tak belanja banyak mana pun tapi duit ‘ghaib’ macam tu je. Lebih teruk ada yang tak sempat nak buat simpanan pun.

BACA: Cara Mudah Kumpul Duit Kahwin RM20,000 Dalam Setahun

Kalau rasa duit gaji anda tu asyik ghaib je, apa kata anda cuba tip simpan duit paling berkesan oleh Norhafizah Abdullah ini. Walaupun cara simpan duit ini agak ‘kuno’ tapi paling penting memang menjadi.

1. Sediakan sampul secukup rasa & labelkan

Mula-mula skali, list semua liabiliti kita setiap bulan. From A-Z, pastikan tiada yang tertinggal. Setiap jenis sampul kena tahu berapa anggarannya. Dan tulis terus berapa MAKSIMA bagi setiap sampul.

Boleh je nak sumbat semua dalam 1 sampul terus. Dan tulis besar-besar ‘TABUNG LIABILITI’. Tapi lebih baik buat camni. Nampak sebijik-sebijik apa yang perlu kita spend dan berapa jumlah yang kita kena selesaikan setiap bulan.

2. Isi sampul dengan redhanya

Bila dah list berapa jumlah belanja bagi setiap sampul, pastikan isi dengan redha dan riangnya. Isi lebih takpe, jangan kurang dari jumlah yang sepatutnya.

3. Kepit sekaligus, simpan di tempat yang selamat & susah nampak

Simpan di tempat yang kita malas nak capai. Jangan letak dalam purse/wallet pulak. Senang bebeno nak dicapai masa ’emergency’.

Tak emergency pun tetiba boleh jadi emergency kalau mari nafsu menyoping kita tu. Masak sangat dah dengan perangai diri sendiri.

4. Segera selesaikan segala liabiliti

Jangan tunggu tengah bulan baru nak bayar. Seeloknya, hari ni dapat gaji, dalam masa 3 hari selepas tu dah selesai bayar semua. Dan ingat, kalau ada baki simpan ja dalam sampul. Jangan ditarik-tarik masuk ke poket. Baki ni forward ke bulan depan.

Kalau ikutkan ada bermacam cara dan teknik anda boleh lakukan untuk menyimpan duit. Apa yang paling penting adalah disiplin. Jangan sebulan dua je menyimpan lepas tu habuk pun tak ada.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?