Setiap kali kita mendengar tips untuk kuruskan badan, minum air putih dengan banyak antara tips paling penting. Pasti ramai tahu bahawa air putih dapat meningkatkan kadar metaolik badan dan membuatkan anda rasa kenyang.

Malah, kita disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari atau bila haus. Bagaimanapun baru-baru ini tular mengenai perkongsian seorang warga Twitter ini yang mengambil air kosong sebanyak 7 liter sehari.

BACA: Dietitian: Hanya 2 Cawan Boba Sebulan Untuk Elakkan Obesiti, Diebetes

Perkongsiannya itu menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang mempersoalkan tindakan individu tersebut yang dilihat agak keterlaluan.

Perkara itu turut mendapat perhatian doktor bernama Pami Nordin ini dimana air berlebihan membebankan buah pinggang sehingga menyebabkan air kencing berubah menjadi putih atau jernih. Jika terjadi perkara sedemikian itu bermakna anda terlebih air.

Malah, doktor itu turut berkongsikan pengalamannya pernah berdepan dengan pesakit wanita yang diserang sawan gara-gara mengambil 10 liter air kosong sehari kerana mahukan kulit yang cantik.

Bukan itu saja, doktor yang cukup popular di media sosial iaitu Dr Rafidah Abdullah turut mengatakan bahawa minum air terlampau banyak boleh menyebabkan sawan.

Jelasnya lagi, cara untuk mengurangkan berat badan adalah dengan melakukan senaman dan mengurangkan pengambilan kalori.

Turut berkongsikan tips untuk minum air, Dr Rafidah berkata minumlah jika terras haus, tak perlu terlebih dna jangan terkurang. Apa yang penting tidak lagi rasa haus dan warna air kencing tidak terlampau pekat.

ARTIKEL BERKAITAN:
15% Rakyat Malaysia Tak Makan Untuk Survive
Bung Moktar: Obesiti Bukti Rakyat Tak Hidup Susah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Kebab Gemok Tak Habis Makan Sorang