Tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke bazar Ramadan sepanjang bulan puasa. Memang macam-macam juadah di jual, kalau tak kuat iman memang boleh menjurus ke arah pembaziran. Ramai suka ke bazar sebab masa inilah boleh dapatkan makanan yang hanya dijual masa bulan puasa je.

Tapi jangan seronok sangat membeli juadah sampai ketepikan tahap kebersihan makanan tersebut. Jangan sampai memudaratkan diri.

BACA: Hilang Selera Dapat Kari Kepala Ayam, Kuih Berulat

Dalam bulan puasa ni, juadah berasaskan ayam sentias menjadi pilihan di bazar Ramadan. Tapi berapa pastikah anda bahawa ayam yang anda beli itu dibersihkan dengan sempurna atau tidak.

Gambar sekadar hiasan

Menerusi perkongsian Dr. Taufiq Razif di Facebook, kesan darah pada ayam menjadi tempat yang sesuai pembiakan kuman. Contohnya kuman:

  •  Campylobacter
  •  Salmonella
  •  Listeria

Kuman-kuman ini juga salah satu punca keracunan makanan. Sebab itu kadang-kadang selepas makan ayam perut akan jadi cramp, cirit-birit dan muntah-muntah. Menurut Dr. Taufiq lagi, kebiasaannya kesan darah tersebut ada di kawasan tulang ayam.

Sekurang-kurangnya lepas ini sebelum beli makanan di bazar atau di mana sekalipun lepas ini, diharap kita lebih peka dengan kebersihan makanan tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Sumpah Best Makan Tepi Pantai Macam Ni