Sebentar tadi satu berita mengejutkan rakyat dimana dikhabarkan hari ini Dr. Maszlee Malik yang juga Menteri Pendidikan dikatakan akan meletakkan jawatannya dalam kabinet hari ini.

Memetik laporan Malay Mail, Dr Maszlee dilaporkan telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tengah hari tadi dan Tun M turut mengesahkannya.

BACA: Maszlee: Mulai 2019 Pelajar Sekolah Pakai Kasut Hitam

Dalam pada itu, Dr. Maszlee kini sedang bermesyuarat dengan kakitangan dan akan mengumumkan keputusannya pada satu sidang media petang ini. Difahamkan satu sidang media khas akan diadakan di Kementerian Pendidikan, Putrajaya 4.30 petang ini.

Dr. Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam dilantik Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018 selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir melantiknya untuk memegang portfolio itu.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Buffet Buka Puasa Paling Berbaloi Di Kajang? 😱