Setiap pasangan yang berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap sesebuah rumah tangga. Namun rezeki zuriat semuanya di tentukan Yang Maha Esa.

Baru-baru ini, tular di Twitter perkongsian seorang wanita bernama Nurul Thahira Abd Wahab tentang kisahnya yang dikurniakan ganjaran tidak ternilai selepas mengambil keputusan untuk memelihara seekor kucing.

BACA: Video Tuan Kucing Ini Buatkan Netizen Sebak

Wanita itu berkongsikan kisahnya dimana dia sudah berkahwin selama dua tahun tetapi belum dikurniakan zuriat. Namun tidak menyangka selepas sebulan memelihara kucing, dia disahkan hamil.

Memetik laporan mStar, Thahira  memberitahu dia pernah hamil sebelum ini tetapi mengalami keguguran. Ujarnya lagi, pelbagai usaha dan kaedah dilakukan untuk mendapatkan zuriat namun ianya tidak berhasil.

“Sebutlah apa sahaja, semuanya sudah kami lakukan. Saya ada berjumpa doktor ambil ubat kuatkan rahim, malah berurut pun kami buat sheingga terpaksa berulang-alik dari Pulau Pinang ke Kedah namun tidak berjaya.

“Saya dan suami juga cuba ubah cara kehidupan. Kami berhenti ambil minuman berkafien, makan makanan yang sihat, makan vitamin tapi semua seperti tidak menjadi.”

Katanya lagi, suaminya seorang yang penyayang dan sangat sayangkan kucing. Pergi ke mana saja pasti suaminya akan membawa bekalan makanan untuk diberi kepada kucing.

“Setiap kali beri makan kucing, suami akan cakap dengan kucing minta doakan supaya kami juga dikurniakan zuriat. Memang itulah satu-satunya perkara dia akan kata pada kucing.

Kata Thahira lagi, benarlah kata orang, kalau bela kucing rezeki semakin bertambah dan ia memang terbukti. Thahira juga turut menasihati wanita diluar sana yang masih lagi menantikan zuriat untuk tidak berputus asa.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥