Wanita dan bebelan tak dapat dipisahkan jika mereka tidak berpuas hati terhadap sesuatu perkara atau sedang marah. Seorang lelaki nekad untuk hidup di hutan kerana tak tahan mendengar bebelan isterinya selepas dia mula bekerja lebih masa.

BACA: Ini Sebab Isteri Ikut Suami Hidup Dalam Hutan

Sumber dari cari.com.my

Malcolm Applegate, 62 tahun, berkata dia lari ke hutan sejak 10 tahun lalu akibat tak tahan dengan bebelan isterinya.

Pada awal perkahwinan, Malcolm menyatakan kehidupannya berjalan normal seperti biasa tetapi isterinya semakin kuat membebel selepas umur perkahwinan mereka mencecah tiga tahun.

Sumber dari cari.com.my

Menurutnya, isterinya berleter kerana dia bekerja lebih masa sebagai tukang kebun. Mungkin isterinya kesunyian di rumah dan risaukan keselamatan Malcolm jika balik lewat.

Dia melarikan diri ke hutan di daerah Kingston, United Kingdom dari Birmingham tanpa memberitahu isterinya dan menghilangkan diri selama 10 tahun hinggakan kakaknya menyangka dia sudah meninggal dunia.

Sumber dari odditycentral.com

Tambahnya, dia berkhemah di dalam hutan bersama tiga orang tidak dikenali dan mereka mandi serta membasuh di tempat kerja Malcolm iaitu di pusat komuniti orang tua yang berhampiran dengan hutan tersebut.

Kini, dia telah keluar dari tempat ‘persembunyian’ dan menemui kakaknya yang sudah lama tak berjumpa iaitu selama 10 tahun.

Sumber dari cari.com.my

Tak dapat dipastikan jika Malcolm sudah menemui isterinya atau tidak selepas dia keluar dari hutan. Nampaknya dia begitu cintakan kedamaian dan alam semulajadi.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kisah Kek Kotak Rokok & Kubur Untuk Suami
Suami Isteri Hampir Bercerai Kerana Mengigau

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

4 Nasi Kandar Di Pulau Pinang Yang Sempat Kami Terjah