Dulu Jual Nasi Lemak, Kini Juara Dunia!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Itulah pepatah sesuai untuk menggambarkan perjalanan hidup seorang atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi.
Jika dahulu dia hanya bekerja di gerai nasi lemak, kini dia dikenali di mata dunia selepas menjuarai larian lelaki 100 meter di Kejohanan Paralimpik Rio de Janeiro 2016.
BACA: Hidangan Ini Buat Wanita Malaysia Menang Masterchef Australia
Bakat Dek Wan(Ridzuan Puzi digilap oleh Encik Affizam bin Amdan, 46, seorang kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis. pic.twitter.com/UiatHuh8DK
— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 11, 2017
Kisah mengenai Ridzuan atau lebih mesra dipanggil Dek Wan ini dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Twitter, @WahyuYordan. Tweet tersebut mendapat 13,000 retweet di laman sosial tersebut.
Menurutnya, bakat Dek Wan dicungkil oleh seorang jurulatih dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis Affizam Amdan, 46 tahun.
“Encik Affizam merupakan seorang yang rendah diri, menunduk seperti padi berisi, yang telah menggilap jaguhan kampung Perlis,” ujarnya.
Ayahnya buka saja harapkan Dek Wan setakat belajar buat perabot, tapi belajar juga mengurus diri sendiri. #KamiLuarBiasa
— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 11, 2017
Sebenarnya, Dek Wan dihantar oleh ayahnya untuk latihan kemahiran asas perabot di Bengkel Batu Murni, Batu Bertangkup, Cuping, Perlis.
Selain itu, ayahnya juga berharap dia dapat belajar untuk berdikari sepanjang menjalani latihan tersebut di sana.
Bakatnya menyerlah apabila prestasinya di kejohanan sukan peringkat zon, juga di kejohanan sukan OKU peringkat. #KamiLuarBiasa pic.twitter.com/DDYD3oU5zs
— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 11, 2017
Affizam berulang alik mengambil Dek Wan di bengkel pergi ke stadium selama dua tahun untuk berlatih dan usahanya membuahkan hasil apabila Dek Wan menunjukkan prestasi yang semakin bagus.
Di situ juga, Dek Wan dan kawan2 OKU yang lain bekerja, dengan gaji RM15 sehari menjual nasi lemak, jual burger, mencuci pinggan. pic.twitter.com/t3Cgvv8Hrf
— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 11, 2017
Malah, turut dikongsikan beberapa gambar menunjukkan tempat tinggal yang didiami Dek Wan semasa dia bekerja sambil berlatih untuk mencapai impiannya menjadi juara balapan.
Esoknya, coach pergi tempat kerja lelaki Cina tu. Benar seperti yang dijanji, sepasang kasut sukan Asics yang cantik dan mahal untuk Dek Wan pic.twitter.com/EZCM3VA01s
— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 12, 2017
Selain itu, Wahyu turut menceritakan mengenai insan lain yang juga membantu Dek Wan pada masa dahulu iaitu Chuah Heng Oon, 57 tahun.
Heng Oon menghadiahkan sepasang kasut sukan baru kepada Dek Wan setelah mengetahui anak muda itu sedang menjalani latihan untuk Kejohanan Sukan Para ASEAN 2009.
Pulang dari Kejohanan Paralimpik di Rio de Janeiro, Dek Wan pulang ke kampung, dan ditemukan kembali dengan Heng Oon 😭😭 #KamiLuarBiasa pic.twitter.com/TixM7pGguV
— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 12, 2017
Setelah Dek Wan pulang dari Kejohanan Paralimpik di Rio de Janeiro, dia menemui Heng Oon di kampung halamannya kerana lelaki itu pernah menolongnya ketika dia tidak dikenali lagi beberapa tahun dahulu.
Siapa sangka, seorang penghidap Cerebral Palsy mampu menggegar dunia dan melakar nama negara megah ke puncak dunia. Terima Kasih Dek Wan 😭😚 pic.twitter.com/Al7W22XeH3
— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 12, 2017
Siapa sangka, seorang insan yang menghidap penyakit cerebral palsy sebenarnya mempunyai kelebihan atau bakat yang tidak semua orang ada. Malah, dia mampu mengharumkan nama negara di peringkat dunia.
Terima kasih coach Affizam, terima kasih coach Jeganathan. Terima kasih Uncle Heng Oon. Terima Kasih rakyat Malaysia! Yang memberi sokongan pic.twitter.com/ObpCHZAHLk
— Wahyu Ilahi (@WahyuYordan) August 12, 2017
Kisah Dek Wan ini sesuai dijadikan inspirasi supaya anda lebih bersemangat untuk berjaya di dalam bidang yang diceburi. Tiada yang mustahil jika anda berusaha untuk mencapai impian anda kerana usaha adalah tangga kejayaan.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Bubur Dibalik Tak Tumpah? | Bandung Part 03
- SUMBER
- ASTRO AWANI