Memulakan kerjaya sebagai seorang jurutera, Mohd Fajiha Alaihis, 27 sanggup meninggalkan pekerjaan tersebut dan kini merupakan penternak ikan laga yang berjaya dengan pendapatan bulanan sehingga 5 angka.

Sangat meminati ikan laga sejak dari kecil, Fajiha menukarkan hobi tersebut sebagai satu punca pendapatan selepas berjaya mempasarkan ikan laga ke Singapura dengan harga SG$200 (RM609) sepasang.

BACA: Kanak-Kanak Ini Jana RM92 Juta Setahun Dengan Hanya Bermain

“Suatu hari, adik saya telah membeli satu induk ikan laga hiasan yang berkualiti. Saya cuba biakkan sehingga anak pertama ikan laga tersebut berjaya dipasarkan ke Singapura pada harga SG$200 sepasang.

“Dari situ tercetuslah idea untuk menternak ikan laga sebagai satu punca pendapatan,” katanya kepada FMT.

Dalam pada itu, Mohd Fajiha memberitahu selain tidak berminat untuk bekerja dengan orang, gaji yang diperoleh sebagai jurutera hanya RM1,500 sebulan berbanding perusahaan ikan laga dimana dia mampu memperoleh hasil 5 angka.

“Gaji RM1500 jika anda sudah kahwin, tidak cukup untuk menampung isteri dan juga anak di rumah. Sebelum saya menjadi usahawan ikan laga, kita perlulah banyak bertanya dengan orang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini untuk dapatkan lebih ilmu.

Fajiha kini merupakan salah seorang pengajar ikan laga hiasan dan pengerusi Kelab Peminat Ikan Laga Malaysia. Fajiha juga mempunyai sebuah kedai dan memiliki 8000 ekor ikan laga pelbagai jenis.

Harga bagi seekor ikan laga dijual mengikut kecantikkan iaitu dari harga RM3 dan boleh mencecah sehingga RM100+++.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?