Setiap kali ke pasar malam tak sah rasanya kalau tak beli ayam gunting. Kalau ikutkan ayam Uncle Bob antara yang paling popular di kalangan pembeli. Bagaimanapun, baru-baru ini seorang pengguna Twitter ini meluahkan rasa tidak puas hati dengan harga ayam Uncle Bob yang dikatakan terlalu mahal.

Menurut wanita itu, dahulu ayam tersebut berharga RM5, namun sekarang naik sehingga RM7. Katanya lagi, jika peniaga menaikkan harga biarlah berbaloi dengan makanan tersebut. Tetapi ini tidak, saiz ayam tersebut tetap sama dan hanya tepung sahaja yang lebih.

BACA: Ingatkan Pedal Ayam, Rupanya Anak Tikus ‘Masak Kicap’

Perkongsian wanita itu mendapat perhatian netizen lain yang turut berkongsikan pengalaman mereka membeli ayam tersebut. Ada seorang netizen mengatakan pada awalnya peniaga menjual dengan hanya RM5, tetapi sekarang harga sekeping ayam bersamaan dengan harga sekilo ayam.

Lebih mengejutkan ada netizen memberitahu di tempat mereka harga ayam tersebut mencecah RM10. Kata netizen lagi, dengan harga tersebut lebih baik beli ayam seekor dan buat sendiri ayam goreng pedas dirumah.

Mungkin harga yang dijual berbeza mengikut negeri. Tetapi apa pun peniaga tidak sepatutnya menaikkan harga sesuka hati sehingga tidak masuk dek akal. Kalau yang ada keluarga besar tu, rasanya lebih berbaloi dan jimat jika buat sendiri ayam pedas di rumah.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Meletop Perut Makan Burger Tsunami & Western Talam?