Tidak dinafikan negeri Melaka semakin menjadi tumpuan para pelancong yang datang ke negara ini. Pihak Tourism Melaka turut diiktiraf oleh kerajaan negeri sebagai pengiktirafan atas usaha mereka untuk memperkenalkan Melaka di mata dunia.

BACA: Tunggu Azan Untuk Makan, Lelaki Cina Jadi Perhatian

Sumber dari malaysiaapartment.com

Melaka dipilih sebagai destinasi pelancongan terbaik oleh penerbit buku pengembaraan terbesar dunia, Lonely Planet, seterusnya meletakkan Melaka sebaris dengan bandar-bandar besar popular Asia yang lain.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, dia berasa bangga apabila Melaka tersenarai sebagai 10 destinasi pelancongan terbaik dunia di Asia pada tahun ini.

Sumber dari skampung.blogspot.my

“Kita rasa bangga kerana telah diangkat setaraf dengan bandar pelancongan dunia lain seperti bandar raya Gungzhou di China, Takayama (Jepun), Raja Ampat (Indonesia) dan lain-lain,” ujarnya.

“Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan juga telah meletakkan Melaka sebagai destinasi kedua pelancongan negara,” tambahnya lagi.

Sumber dari tianchad.com

Tahniah buat negeri Melaka yang terpilih menjadi 10 destinasi pelacongan terbaik dunia di Asia. Semoga lebih ramai pelancong akan datang ke Malaysia dan menjelajah negara kita yang kaya dengan pelbagai budaya, agama dan makanan yang enak-enak semuanya.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Mana Hilangnya Lubang Kuih Keria? #VitdailyGoCarMelaka