Jika sebelum ini pisang goreng cheese, kali ini durian goreng cheese pula bakal jadi trend memandangkan musim buah durian yang luar biasa dan boleh boleh didapati dengan harga murah.

Seorang peniaga di Batang Kali, Hulu Selangor memperkenalkan menu unik durian goreng berkeju yang mendapat sambutan ramai.

BACA: Pizza Cempedak & Durian Pulak Sekarang, Kini Di Penang!

Peniaga Nur Emyza Samsudin, 25, yang membuka gerai di kawasan lot kedai pemaju JRD Development, mula memperkenal menu itu sejak tahun 2016 lagi.

“Memang ramai yang suka durian dan bila saya cuba, rasa memang sedap dan pelanggan beri maklum balas positif.

“Pisang dan cempedak goreng keju itu sudah biasa, jadi saya mahu beri kelainan dan mencuba sesuatu yang baru.”

Menggunakan durian kampung, durian akan digoreng terlebih dulu sebelum disalut keju untuk menaikkan bau dan rasa buah itu. Dijual dengan harga RM8 bagi lima ulas durian, Emyza juga turut menjual pisang goreng berkeju, donat coklat, donat Nutella dan donat mini.

Turut menyediakan perkhidmatan penghantaran, anda boleh ke Facebook Pisang Cheese Batang Kali untuk mengetahui lokasi gerai tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:
Jangan Dibuang Biji Durian, Boleh Buat Kerepek Rangup!
Cara Buat Aiskrim Durian Lemak Berkrim, Guna Blender Je
10 Tips Pilih Durian, Elak Terbeli Durian Busuk

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Penangan CEndol Durian Di Gombak & Makan Percuma? 😱😱😱