Ramai yang beranggapan kebanyakan berita di media sosial boleh membawa kepada fitnah. Namun, fitnah media sosial yang berlaku hari ini sebenarnya bermula daripada mereka yang memberikan komen.

Menurut Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berpandangan, perkara ini sering terjadi kepada ramai dan beliau juga turut pernah menjadi mangsa fitnah.

Rata-rata netizen memberikan komen yang tiada kaitan dengan berita yang disampaikan boleh menimbulkan fitnah.

“Mereka memberikan komen kepada berita. Apabila kita baca pun tak seronok sebab ia lari konteks berita yang disampaikan.

“Mereka inilah yang timbulkan fitnah kerana kebanyakan mereka menokok tambah,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata lagi, individu ini sangat berbahaya dan sering berlindung di sebalik alam siber.

“Saya pun pernah kena. Komen-komen ni yang bila baca pun tak sedap. Ini budaya tak elok,” katanya.