Ini semestinya berita gembira buat mereka yang lahir pada bulan Januari kerana kedai serbaneka popular, FamilyMart akan memberikan aiskrim secara percuma.

Ini bukanlah kali pertama FamilyMart menghadiahkan aiskrim secara percuma untuk pelanggan mereka, bulan lalu FamilyMart dengan murah hati menawarkan aiskrim percuma buat mereka yang lahir bulan Disember.

BACA: FamilyMart Perkenal Bubble Earl Grey Cake Hanya RM7.90

Menariknya, mereka yang lahir pada bulan Junuari berpeluang untuk mencuba aiskrim terbaru FamilyMart secara percuma iaitu aiskrim perisa strawberi.

Bukan sahaja aiskrim berperisa strawberi diperkenalkan, malah ia turut hadir dengan minuman strawberi dan juga aiskrim sundae.

Let's enter the new year with the tasty and irresistible flavour of berry, berry Strawberry šŸ“! Say hi and try our…

Posted by FamilyMart Malaysia on Selasa, 31 Disember 2019

Cara untuk dapatkan aiskrim secara percuma mudah sahaja. Anda perlu muat turun aplikasi FamilyMart di telefon pintar anda dan mendaftar menjadi ahli.

Kemudian pergi ke bahagian reward atau ganjaran, pilih birthday voucher dan tunjukkan di kaunter untuk menebus aiskrim percuma anda.

Jika bulan ini bukan hari lahir anda, tak perlu risau kerana harga untuk aiskrim hanya RM2.90 sahaja. Harga bagi sundae pula RM3.90 pada 1 Januari hingga 14 Januari 2020 ini, kemudian akan kembali ke harga asal iaitu RM4.90 dan harga minuman pula hanya RM6.90 sahaja.

Namun perlu diingatkan promosi ini sah di kesemua cawangan FamilyMart kecuali di Genting Highlands dan KLIA2.

ARTIKEL BERKAITAN:
Nak Sedut Pearl, Tapi Tersedut Anak Cicak
Ketagih Minum Coke 40 Tin Sehari

Jangan lupa untuk ikuti kami diĀ FacebookĀ danĀ Instagram

Sarapan Pagi Sate Daging Batang Pinang?’