Fesyen Baju Melayu Ala Baju Kelawar Viral, Boleh Cover Perut!
Setiap tahun menjelang Aidilfitri, kita dapat lihat pelbagai trend dan gaya terbaru baju Melayu diperkenalkan bagi memenuhi cita rasa pelanggan. Tetapi adakalanya rekaan yang dihasilkan dilihat mengarut dan tidak masuk dek akal untuk digayakan.
Jika sebelum ini kurta ala Superman mendapat kritikan ramai, baru-baru ini tular rekaan Baju Melayu ala baju kelawar. Rata-rata netizen mengecam rekaan baju Melayu kembang itu kerana seolah merosakkan imej pakaian tradisional Melayu.
BACA: Fesyen Kurta Raya Ini Disamakan Seperti Baju Renang Muslimah
Baju Melayu tersebut direka dengan ukuran lebar pada bahagian lengan dan senteng pada bahagian badan. Malah netizen menggambarkan ia seolah patung orang-orang di sawah padi.
https://twitter.com/IsskndarAriffin/status/1124433284677623808?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1124433284677623808&ref_url=http%3A%2F%2Fwww.astroawani.com%2Fgaya-hidup%2Fbaju-melayu-cover-perut-tular-206871
Tidak kurang juga, ada yang mengatakan baju tersebut sesuai untuk mereka yang ingin ‘tutup perut’ selepas kenyang makan beraya. Lebih kelakar, ada yang mengatakan boleh simpan balang kuih raya sedap dalam baju untuk dibawa pulang.
Bagaimanapun, tidak diketahui tujuan baju Melayu itu dihasilkan dan siapa perekanya. Rasanya, makin lama makin hilang rekaan asli baju Melayu. Apa pendapat anda?
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Astro Awani