Kalau makan ayam goreng, bahagian paling sedap sudah tentulah kulit ayam. Lagi-lagi kalau dapat kulit ayam yang rangup, memang syok makan.

Buat peminat setia makanan segera KFC, pasti anda mengharapkan menu ini dijual di pasaran Malaysia selepas melihat menu baru di KFC Indonesia ini.

BACA: Menteri: Harga KFC Naik Disebabkan Peningkatan Kos

Baru-baru ini, KFC Indonesia memperkenalkan menu terbaru mereka KFC Chicken Skin yang mula berada di pasaran minggu lalu.

Bagaimanapun, menu Chicken Skin ini hanya boleh didapati di beberapa cawangan KFC terpilih sahaja di sekitar Jakarta dan ianya berharga IDR13,636 (RM3.95).

Pengenalan menu baru itu ternyata membuatkan ramai orang Malaysia cemburu dan tertanya-tanya adakah menu tersebut akan masuk ke Malaysia.

Pertanyaan netizen mengenai perkara tersebut mendapat respon daripada pihak KFC Malaysia.ย  Menjawab pertanyaan netizen, KFC Malaysia membalas, โ€œHi, thank you for your suggestion. Do share it with us at https://kfc.com.my/support for us to look into it.โ€

Tunggu apa lagi, mana tahu jika banyak permintaan kulit ayam rangup ini di laman sokongan KFC Malaysia menu tersebut akan dijual di sini pula.

Jangan lupa untuk ikuti kami diย Facebookย danย Instagram

Pening Kepala Pekena Butter Beer?