Setiap kali syarikat penerbangan membuat promosi tiket tambang murah pasti ramai yang akan teruja dan tidak akan ketinggalan untuk mendapatkannya.

Namun kempen yang dilakukan oleh syarikat penerbangan Firefly ini memang lain dari yang lain dimana mereka menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus sempena kempen Dump Your Ex.

BACA: AirAsia Tawar Diskaun 80%, Hanya 48 Jam Sahaja!

Tapi pasti ramai tertanya-tanya, promosi ini hanya ditawarkan kepada mereka yang putus cinta ke? Tidak, apa yang dimaksudkan oleh kempen ini ialah jika anda setia dengan Firefly lebih banyak ganjaran yang anda perolehi.

Cara untuk dapatkan potongan harga 50% ini mudah sahaja. Anda perlu simpan bukti tiket daripada syarikat penerbangan lain dan ikut sahaja langkah di bawah ini.

TIKET PERGI-BALIK

1. Tempah, bayar dan terbang secara pergi balik atau sehala (Laluan Domestik Firefly) dengan syarikat penerbangan lain dalam tempoh 6 bulan lalu.

2. Tunjukkan bukti di bit.ly/DumpYourEX. Nyatakan nama anda, maklumat terperinci dan jawab soalan.

3. Tempah penerbangan sehala atau dua hala seterusnya dengan Firefly dan dapatkan potongan harga 50% pada penerbangan pulang anda (satu hala)

TIKET SEHALA

1. Tempah tiket penerbangan sehala (Laluan Domestik Firefly) dengan syarikat penerbangan yang lain

2. Tunjukkan bukti di bit.ly/DumpYourEX. Nyatakan nama anda, maklumat terperinci dan jawab soalan.

3. Tempah tiket penerbangan pulang Firefly (sehala) dengan potongan harga 50%.

Promosi ‘Dump Your Ex’ bermula pada 1 Julai 2019 sehingga 7 Julai 2019. Untuk lebih lanjut, klik saja disini.

ARTIKEL BERKAITAN:
Keretapi Paling Curam Telah Beroperasi
Mengajar Kelas Al-Quran Dalam Jet Mewah

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Tak Payah Beratur Pun Beli Kuih Keria Kat Melaka