Gadis 14 Tahun Jual Badan 35 Kali Demi iPhone X
Semakin maju teknologi semakin ramai berlumba untuk memiliki telefon pintar yang paling canggih. Ada juga yang sanggup lakukan menggadaikan maruah untuk membeli telefon pintar idaman.
Terbaru, seorang gadis berusia 14 tahun sanggup melacurkan diri sebanyak 35 kali hanya kerana ingin membeli iPhone X.
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, Datuk Rohaimi Md Isa dalam sebuah kenyataan berkata, kes tersebut antara kes perdagangan seks yang melibatkan pelajar bawah umur pada tahun lalu.
Berdasarkan risikan polis, pelacur tempatan bawah umur menawarkan perkhidmatan yang sangat murah serendah RM300.
Lebih mengejutkan, sebahagian daripada bayaran itu akan dibahagikan kepada anggota sindiket.
“Ini bermakna, gadis berusia 14 tahun itu hanya akan memperoleh sebanyak RM150 untuk bahagiannya,” ujar Datuk Rohaimi.
Ini bermakna, gadis bawah umur ini perlu meniduri berpuluh-puluh pelanggan sebelum dapat mengumpul wang utnuk membeli telefon pintar yang diingini.
“Bagi mendapatkan telefon pintar yang bernilai sekitar RM5,000, dia perlu melayan pelanggan sebanyak 35 kali,” katanya lagi.
- SUMBER
- The Star