Rata-rata ibu bapa kini ramai yang memilih untuk menghantat ke sekolah agama tahfiz jika dibandingkan sekolah kebangsaan. Selain untuk mendisiplinkan diri, mereka mahu anak-anak mendekatkan diri dengan pencipta.

Boleh dikatakan sekolah tahfiz sering mendapt perhatian untuk mereka di luar sana bersedekah dan melakukan amal ibadah.

Hampir setiap minggu, pasti anak-anak tahfiz akan menerima bermacam jenis makanan terutama sekali lauk kenduri. Tapi ramai yang tidak tahu ada kisah disebalik lauk yang diterima oleh anak-anak ini.

Melalui Facebook, seorang Mudir Tahfiz yang dirahsiakan namanya, kongsikan kisah sebenar yang sering dilalui oleh sekolah agama tahfiz.

Bukan sombong, tapi ini sebab selalu tolak lauk kenduri

“Bukanlah menyombong ataupun besar diri. Tapi inilah hakikatnya mengapa saya sering menolak lauk lebihan kenduri bila di hantar ke madrasah. Lauk lebihan kenduri yang sayang untuk dibuang akhirnya dihantar ke madrasah dengan alasan tidak mahu #membazir..tapi sebenarnya ketika dihantar lauk ini sudahpun separuh basi. Hantar pukul 6 petang.. pukul 7 sudah basi dan berbuih.”

Lebih sedih, pelajar tidur dengan bau masam & busuk

“Lebih malang lagi semalaman pelajar tidur dengan bau #masam dan #busuk dari lauk2 #basi ini. Malah pagi2 buta lagi pelajar2 tahfiz terpaksa menyelsaikan pula masalah “tuan rumah kenduri” semalam iaitu #buang lauk pauk. Di mana kami nak buang lauk yang berperiuk periuk ini.?

Hampir tiap-tiap minggu inilah rutin harian kami. Bukan tidak menolak tapi ketika hantar tuan lauk begitu memaksa..akhirnya kami mengalah. Dan inilah kami tanggung setiap kali.”

Kalau nak hantar lauk, biarlah ketika lauk masih panas

“Saya pernah menyebut dalam kuliah-kuliah saya tentang perkara ini berkali-kali. Namun ada suara-suara mengatakan saya sombong dan sebagainya sering saya katakan kalau sayangkan pelajar tahfiz atau betul-betul ingin berkongsi makanan dengan kami hantarlah pada waktu tengah hari ketika lauk pauk masih panas dan menyelerakan. Kalau sibuk kami boleh datang ambil. Tapi kalau takut makanan tak cukup..tak perlu risaukan kami. Di madrasah pun setiap hari kami masak.”

Anak tahfiz cukup makan & terima kasih kami ucapkan

“Alhamdulillah anak-anak tahfiz sentiasa cukup makan. Kadang-kadang ada juga orang yangg upah katering 2-3 malam berturut-turut untuk jamu anak-anak syurga ni. Tak kurang juga yang sering hantar beras, minyak; telur, ayam, kambing dan macam-macam bahan mentah untuk kegunaan dapur madrasah. Alhamdulillah ahli-ahli quran sentiasa dijaga rezeki mereka oleh Allah. Oleh sebab itulah kami selalu mengelak lauk lebihan kenduri..

Apapun saya ucapkan terima kasih kerana tuan rumah masih lagi ingat kami. Walaupun di hujung-hujung hari. Kami juga ucap terima kasih sebab bersusah payah hantarkan lauk pauk walaupun setelah penat seharian melayan tetamu. Terima kasih sebab tak lupakan kami. Kami sentiasa doakan agar tuan2 dimurahkan rezeki dan diberkati. Bagi pengantin moga berbahagia hingga ke akhir hayat. Aminn”