Sekarang ni macam-macam hidangan makanan peniaga cuba buat untuk jadi lebih kreatif dan viral. Kadang-kadang tu tak masuk akal pun ada.

Kalau sebelum ini dah ada aiskrim, kek dan burger yang diinspirasikan daripada makanan kegemaran Malaysia dan Singapura iaiti Nasi Lemak, kali ini ada Karipap nasi lemak.

Tapi kali ini, Singapura yang mencipta kelainan tersebut dengan menjual karipap berintikan nasi lemak.

Karipap unik ini menggunakan kulit berwarna hijau dan mempunyai inti biasa yang ada di dalam nasi lemak seperti ayam, ikan bilis, kacang goreng, telur rebus dan sambal. Apa yang berbeza hanya tiada nasi lemak sahaja.

Karipap tersebut dikatakan viral di Singapura dan boleh didapati di cawangan restoran Old Chang Kee dengan harga RM5.92 sebiji dan RM10.37 untuk dua biji.

Difahamkan, karipap unik ini hanya boleh didapati dalam masa terhad sahaja. Dengar cerita memang laku keras dan cepat habis.