Gadis Dipukul Ibu Dengan Batang Besi Sebab Lama Sangat Single
Kedengaran agak mengarut, tetapi itu yang terjadi di Beijing dimana seorang wanita di tahan kerana memukul anak perempuannya berusia 30 tahun menggunakan batang besi hanya kerana masih bujang.
Memetik laporan South Morning Post, seorang wanita bernama Lin, 30, memanggil polis ke restoran milik ibunya, Wang di Changzhou, wilayah Jiangsu selepas di belasah teruk oleh ibunya.
BACA: “Gadis Single Kerja Kerajaan, Hati-Hati Dengan Biawak Jantan Tak Guna”
Polis yang tiba di lokasi melihat keadaan Lin dengan kesan lebam teruk dan luka pada badan. Bagaimanapaun, ibunya, Wang, enggan ke balai polis untuk membantu siasatan serta mengatakan dia memukul anaknya sendiri dan bukannya orang lain.
Lin mendakwa sering dipukul ibunya kerana masih belum berkahwin dan sering dimarahi kerana tiada wang sedangkan dia berhenti kerja di bandar untuk membantu ibunya di restoran.
Menurut pihak polis, Lin pernah membuat laporan polis dua kali pada Ogos lalu tetapi kecederaan dialami tidak serius menyebabkan ibunya tidak ditahan.
Seorang anggota polis yang mengenali keluarga itu berkata, Wang pernah memukul Lin sebelum ini dan tidak menganggap perbuatannya satu kesalahan.
Dua beranak itu dilaporkan sering bertengkar dan Wang memberitahu konflik terbaru berlaku selepas Lin melawan cakapnya apabila dimarah kerana tidak mengemas rumah.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
MyFirstTime: Jadi Ke Tidak Buat Blueberry Pie?
- SUMBER
- Harian Metro