Masalah pengangguran di Malaysia boleh dikatakan agak serius, lebih-lebih lagi ribuan graduan baru setiap tahun tidak dapat mencari pekerjaan.

Bagaimanapun, menurut Menteri Sumber Manusia, M.Kulasegaran, sejumlah 640,000 pekerjaan sedia ada kini ditawarkan di seluruh negara di mana lebih 150,000 pekerjaan diwujudkan tahun ini.

BACA: Fakta: Gaji Permulaan Graduan Menurun Sejak Tahun 2010!

Ujarnya lagi, peluang pekerjaan tersebut bukan sahaja meliputi sektor 3D iaitu sukar, kotor dan berbahaya, malah merangkumi pengurusan, profesional serta juruteknik dan profesional bersekutu.

“Kita ada kekosongan 640,000 pekerjaan yang sedia ada. Bukan sahaja kerja 3D, ia termasuk pengurusan lebih 6,000; profesional lebih 21,000; serta juruteknik dan profesional bersekutu lebih 22,000,” katanya

Menurut Kulasegaran, kementeriannya komited janji tersebut dapat ditunaikan bagaimanapun beliau berkata, masih tidak ramai yang berminat untuk bekerja.

Katanya lagi, masalah besar yang dihadapi adalah wujud kekosongan yang banyak, tetapi tidak ada anak-anak kita yang ingin mengambil pekerjaan tersebut.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥