Baru-baru tular di media sosial perkongsian di Facebook oleh seorang lelaki ini yang menyelamatkan seekor anjing daripada menjadi makanan warga Vietnam.

Menurut lelaki tersebut yang menggunakan nama Anuar Nekmat berkata ketika itu dia baru pulang dari berniaga dan melihat tindakan mencurigakan seorang warga asing yang menarik seorang anjing secara paksa sepanjang 3km.

BACA: Masak Sup Tak Sedap, Suami Rantai Isteri Macam Anjing

Pengguna Facebook itu memberitahu dia mengikut lelaki berkenaan dan bertanyakan adakah anjing itu miliknya dan mengetahui niat lelaki itu mahu menjadikan anjing itu sebagai ‘lauk’.

Menerusi video tersebut, dapat didengari perbualan antaranya dengan lelaki warga Vietnam itu. Malah, pengguna Facebook itu turut memberi amaran kepada lelaki tersebut supaya melepaskan anjing itu, jika tidak dia akan membawanya ke balai polis.

Pengguna Facebook itu berkata dia kemudiannya mengekori warga Vietnam itu sehingga ke rumah dan apa yang mengejutkan dua orang lagi rakannya sedang menamgkap anjing untuk dibuat sate.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tindakan lelaki itu. Malah, ramai yang mengucapkan terima kasih di atas tindakan pantasn lelaki itu yang telah menyelamatkan anjing berkenaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥