Gadis Ini Berjaya Bangkit Selepas Dihina Ibu Bekas Kekasih
Tidak semua orang bertuah dilahirkan dalam keluarga senang dan ada yang bermula dengan hidup susah namun akhirnya berjaya dengan titik peluh mereka sendiri. Namun apa yang menyedihkan apabila golongan miskin sering dipandang hina oleh sesetengah pihak.
Seperti yang dilalui oleh gadis ini yang berjaya bangkit daripada peristiwa hitam apabila sering diperlekehkan oleh bekas teman lelakinya.
BACA: Jack Ma: Jika Anda Masih Miskin Di Usia 35 Tahun, Itu Salah Anda
Berkongsikan kisahnya, Rozmiza Rozman memberitahu dia mengenali bekas teman lelakinya itu sejak di bangku sekolah lagi sehinggalah masing-masing berjaya menuntut pengajian ke peringkat lebih tinggi.
SEGALANYA BERMULA DI SINI
My Ex and my Ex family keep pushing me down.
"Mak Cik nak menantu GOV SERVANT" – Mama my Ex
"Awak tu asal family susah, jangan berangan nak beli VolkSwagen, tak mungkin dapat"
Kalau ada yang berminat nak tahu I sambung ….. pic.twitter.com/MfSFIgP4ju
— ميمي روزميزا روزمن (@RozmizaRozman) January 4, 2020
Dedah gadis itu lagi, bekas teman lelakinya pernah mempersendakan impiannya untuk memiliki sebuah kereta mewah dan mengatakan dia daripada keluarga susah, tidak mungkin mampu membeli kereta mewah.
Malah, kakak kepada bekas teman lelakinya itu pernah mengherdiknya hanya kerana dia orang miskin dan anak kepada peniaga jalanan serta tidak setaraf dengan keluarganya.
Ujarnya lagi, ibu bekas teman lelakinya pula mahukan menantu yang berkerja di sektor kerajaan dan tidak merestui hubungan mereka.
Lebih menyakitkan hati, rasa sayang kepada bekas teman lelakinya itu hanya sia-sia apabila dia digunakan untuk berseronok dengan wanita lain.
Ujarnya, selama 5 tahun dia terus bangkit daripada pengalaman pahit itu dan kini dia sudah berjaya membeli sebuah rumah, melangsaikan hutang pengajian dan akhirnya memiliki sebuah kereta mewah yang diimpikannya.
Diakhir perkongsian tersebut, Rozmiza mengucapkan terima kasih kepada bekas teman lelaki dan keluarganya di atas segala kata-kata kejian yang menguatkan dirinya sehingga dia menjadi orang berjaya.
Apa pun perkongsian gadis ini boleh dijadikan pembakar semangat untuk mereka yang senasib dengannya. Jika ada yang menghina, jangan sesekali kita jatuh tetapi jadikan sebagai ‘senjata’ untuk terus berjaya.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram
Restoran Tom Yam Paling Legend Di Ampang😱🔥
- SUMBER
- Twitter Rozmiza