Boleh dikatakan kini penapis air sudah menjadi keperluan bagi setiap keluarga untuk mendapatkan air yang ditapis dan bersih. Melihatkan jumpa pemintaan penapis air tinggi, kini semakin banyak syarikat penapis air menawarkan produk mereka.

Ada pelbagai jenis penapis air dipasaran serta harga menarik ditawarkan kepada pengguna. Bagaimanapun, laporan yang dikeluarkan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ini amat mengejutkan.

BACA: “Mana Kajian Yang Water Filter Cegah Penyakit Buah Pinggang”

Laporan mendedahkan sebanyak 120 penapis air yang berada di pasaran diragui status halalnya dikhuatiri diperbuat penggunaan tulang haiwan yang tidak diketahui.

Malah, perkara itu turut diakui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) yang membuat pemeriksaan lapangan menemui penapis air mengandungi bahan daripada sumber haiwan seperti tulang dan lemak.

Sehubungan itu, pihak JAKIM mewajibkan setiap jenama penapis air terutama diimport dari luar negara perlu mendapat pengesahan halal daripada sebelum dibenarkan berada di pasaran.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Selambak Shellout Dengan Harga Selamat Poket ☺️